July 4, 2011

Aiskrim Goreng En. Rosli

Hari tu, kat office ada buat JUMBO Sale. Di mana pekerja-pekerja yang mempunyai bakat keusahawanan bolehlah menunjukkan skill berniaga mereka...

Ramai lah yang mengambil bahagian... Macam-macam jualan... Makanan, baju, produk kesihatan, kek dan sebagainya...

Tapi itu bukan lah tajuk utama... Cuma, bertitik tolak daripada JUMBO Sale tersebut datanglah pengetahuan diri ini mengenai cara membuat aiskrim goreng ataupun mat salleh kata fried icecream....

Terima kasih kepada En. Rosli yang berasal dari Kelantan yang telah memberi tunjuk ajar... Tidak lah sesedap di buat oleh En. Rosli, tetapi memang menyejukkan halwa tekak pemakannya iaitu kami sekeluarga.... Ada macam-macam cara, tapi ini En Rosli punya resepi....

aiskrim_goreng

Ini hasilnya rupa aiskrim goreng.. Presentation memang OUT.. hehe.. Siap tisu biar kat situ... Tapi rasanya nyum nyum! Siapa buat pun sedap.. 


Di bawah ini disediakan gambar penyediaannya:


roti

Mula-mula ambil roti gardenia, roti lain tak leh.. (kah kah dengan niat suatu hari jadi duta roti gardenia) Pergi ambil cawan buat teh, korang tekap biar jadi macam kat atas ni ha... Ikut la berapa orang makan, macam kami suami isteri, maka-nya 4 keping....

aiskrim_coklat

Letak Ice Cream macam sapu mentega... Erm ini tak der siapa ajar, buat ikut sedap hati jer, siapa-siapa tahu cara lain sila kongsi =.=" Kami peminat chocolate, maka-nya aiskrim coklat jadi pilihan hati.. Jenama apa? biarlah rahsia..  


roti_aiskrim

Step seterusnya, kapitkan sekeping lagi roti dan penyek-penyek keliling macam buat karipap.. Nak tekap balik pakai cawan teh tenyeh-tenyeh pun boleh... Kami begitu tamak ice cream chocolate jadinya kembung semacam...

Step akhir yang tanpa gambar sebab nya nak cepat, goreng la dalam kuali bapak panas diulangi BAPAK PANAS selama kiraan 2 saat dan terbalikkan 2 saat.. Angkat.. Nak biar lama-lama buat apa.. Nanti jadi cucur goreng... Kalau nak hasil lebih baik, simpan dulu dalam freezer sebelum goreng selama 1 jam.. Kalau lebih sabar 1 hari 1 malam....Ini lah hasilnya... 

fried_ice-cream

Ini gambar kabur-kabur sikit, Maleh nak tangkap proper sangat.. Cepat-cepat kena makan nanti kalau aiskrim goreng cair maka jadi roti cicah coklat...

Selamat mencuba kawan-kawan... Pasti tidak menyesal....

Updated gambar aiskrim strawberry and coklat goreng:



**updated:

nak tau resepi lain sila ke sini
chimah resepi ini untuk kamoouuu!!

updated lagi:
Letak aiskrim dulu dekat roti lepas tu tekap dengan cawan pun boleh.... lagi kemas

11 comments:

Suliana said...

cewah.. mesti sedap tu.. bagus ko suka bereksperimen. hehe.. aku plak klu tak cuba tak tahu, kalau cuba, tak jadi, membazir plak. kekekeke

misscha said...

eii aku nk cuba la...lepas beli petiais baru..kui3 peti ais aku skang x leh simpas eskrim....

zahidah seran said...

wah senang resepi ni. pernah terjumpa resepi kena bancuh2 tepung bagai.

Taste Of Tapah said...

sue: aku pun bukan pandai benor.. tapi minat.. tapi ongkos pun kena banyak juga nak eksperimen nih..

misscha ceciter: beli cepat peti ais... lepas tuh ko musti bertambah debab.. makan frozen ngan ice cream

mrs redzuan: banyak cara ada.. ni ice cream goreng orang 'rajin'... jom cuba... nyum nyum

Wardah alisya said...

waa..sedapnye..nyum2..

Taste Of Tapah said...

@Alisya baru tengok dah sedap yer? haha makan mesti rasa puas tersandar punya.. huhu

cimah said...

sedap!! mcm beli kt kedai punya (up diri skit sbb aku buat sendiri hahaha) ^^

cimah said...

eh ko try la buat bentuk mickey mouse ilang teling tuh pulak :D

Taste Of Tapah said...

yer angkat la bakul sendiri.. pastu tarik pakai tali ker bilik ko... oit cimah kalau pakai mickey sikit sangat da aiskrim muat..... rugi la nanti zara makan telinga.. aku gak kena makan aiskrim dia.. kah kah

Liling said...

wohh. tgh cari2 camne nak buat jumpa blog ni ! terbaik 1 kena cuba besok juga ni ahaks !

Liling said...

terbaik ! nampak sedap ! kena cuba ni !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...